Cerita Puasa Dan Raya...Dan Baju Raya.
Assalamualaikum ^_^
Asalnya nak letak entry title 'Wordless Wednesday'. Tapi ada je terdetik dalam kepala ni nak type entry. Maka...tukar title. Haha. Agak lambat update blog tentang entry raya, tapi pedulikan la. I desperately need my blogging mojo back. Sigh. ;P
Puasa di rumah sendiri. Seronok dan panic dan sunyi. Kenapa? Seronok sebab kena masak. Panic sebab kena masak. Sunyi...sebab kena berbuka dan sahur sensorang. Kehkehkeh. Time sahur/berbuka sensorang I main belasah je la masak ala-ala nasi bujang. Bila husband balik baru tergopoh gapah cari resepi. hahaha. Normal la tu kan. Almaklumla belajar memasak sesi pengakhiran umur anak dara. Sipi sipi je nak kawen baru belajar memasak. Cet. Tak sempat nak master lagi. Haha. Syyyhh....jangan bagitahu orang lain okay. hihi
Okay la tu. So far husband telan je apa yang I masak even tak sedap pon. Haha. Sorry b...I'll improve okay. Hihi. Cuma Sofia je la...baru-baru ni je jadi fan of my cooking. Sebelum ni makan semua tak mahu. Kecik ati masak beriya sekali dia tak nak makan. Haha. Lately ni je masak pedas sikit baru la makan banyak. O my Sofia...terselitkah keNogorian itu di darahmu? haha. Of course la kan. Anak Ibu and Daddy. Mesti la ada jugak 'ibu' sikit walaupun muka sebijik Daddy. Haha.
Anyway. Sama macam bulan puasa....raya pon macam tu. Seronok, panic...tapi tak sunyi sebab Husband dan Sofia ada. Mahunya tak panic. Dari sebelum puasa dok pikir nak masak lauk raya apa nanti. Tak reti kot. Hahaha. Sudahnya masak berjemaah dengan makcik and cousins kat rumah nenek. Then pakat tapau sorang sikit bawak balik rumah. Hahaha. Eh jangan ingat kitorang tak collect duit pulak nak beli bahan semua. Mesti la. Parah la granny kalau dia nak tanggung semua. Haha.
Back to raya. Again. Haha. Tahun ni kami bertemakan Aquamarine Blue. Bukan turquoise ye. No no no no (sambil goyang-goyangkan jari macam Sofia). Turquoise ada hint hijau. Kira greenish blue gitu. Aquamarine pulak.....aih. Susah la nak terangkan....sila google. Haha. This year both me and Sofia pakai peplum. Tapi my peplum macam toned down peplum. More to kurung kedah I guessed. Sofia punya peplum....Yours Truly yang jahit. ^_^ Gigih kan? haha.
![]() |
| Me and hubby love |
Haaa jangan tak tahu I dah hampir menangis and give up nak buat peplum Sofia. Tapi akhir nya jadi jugak la. Hehe. Nasib baik Sofia okay pakai baju tu sampai petang raya pertama. Selesa la tu agaknya. Kain nya I buat kain lipat depan je. Senang Sofia nak berlari and duduk lipat katak tu. Alhamdulillah. Berbeza dengan tahun lepas....baju kurung yang I jahitkan tak masuk theme...bak kata Daddy nya. So baju kurung tu jadi baju raya ke berapa ntah. Huhu. Tapi tak pe. Tu yang I tebus balik..bersungguh buat peplum. Haha. Puas hati jugakla. Pastu tengok pulak Sofia ddah reti nak posing depan camera for the peplum...lagi la seronok. Dalam kepala ni macam-macam dress nak jahit untuk Sofia. Haha.
![]() |
| Hubby and Sofia love ^_^ |
Oh ya. Start Ramadhan lepas I berjinak-jinak jahit baju melayu and jubah baby boy. Boleh la sikit-sikit untuk kengkawan terdekat. Baju girl....ada juga yang request peplum macam Blogger Kina. Tapi masa takde. I mean...masa Kina request dah hampir nak raya...memang tak sempat la nak jahit tambah-tambah lagi poslaju tutup awal. If only she requested earlier...I swear I'll make it. Hehe. Sorry Kina. Hehe.
![]() |
| Sofia yang suka camera |
Being KLites...we dont have baju raya sampai berpuluh pasang. Just few kurungs...and few baju jalan (dress/jeans/shirt/casual wear). Tak tahu la kenapa eh. Dari kecik macam tu. So I macam a bit surprised bila tengok (baca) status kengkawan pasal baju raya diorang yang berpuluh pasang. Haha. Jakun kejap I baca and imagine baju dirang. haha. Raya kat kampung must be much more fun sampai baju raya berpuluh pasang. Ye tak? Must try raya kat kampung some days. Hehe.
![]() |
| Our little family |
Pagi raya kat rumah sendiri then off to my inlaws' then to my granny's/mom's. Lengkap dah raya dengan family both sides kat raya pertama. Haha. Kawen satu kampung is such a bless. Haha. Oh okay. Dah midnight. Sofia dah nangis nak susu and I need to sleep. Until next entry ya darlings. ^_^
XOXO,
Liyana SCR





Comments