Selamat Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t. :D Hello there ladies.

I'm a bit late in wishing all of you Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin. Huhu. Takpe kan...raya sebulan. haha. Tahun ni, first raya untuk Sofia...and first raya for both of us as parents. Seronok. Tapi agak kelam kabut sikit sebab husband was busy and semua shopping buat last minute. Nasib baik husband cuti awal. Eh bukan cuti awal pun...habis kerja hari Khamis awal. Half day. Hehe. Sebetulnya I tak tahu husband half day hari tu. I called him at around 3pm nak tanya balik pukul berapa semua. Dengan confidentnya dia kata baru gerak balik. So I expect dalam tiga jam ke empat jam around 7ish baru sampai rumah. Alih alih...pukul lima dah terpacul depan pintu. He really got me this time. Tak sangka betul. Jarang husband berjaya buat surprise macam ni. Kali ni memang dia berjaya. Haha. 

Before cerita pasal raya, mesti la cerita pasal puasa dulu kan? :D Hehe. Hujung-hujung puasa, kami tiga beranak demam. Mula dengan Sofia. Demam tiba-tiba. Doctor kata may be sebab teething. Then, daddy dia pulak sakit tekak..terus demam. Tak lama lepas tu...si ibu pulak, tonsil bengkak...demam. Sofia bukan je demam..selsema, batuk...on top of that...ulser dalam mulut. Langsung tak mau minum susu botol. Dah le susu ibu dia ni tak banyak....terpaksa lah ibu kantoikan puasa nak pastikan susu untuk dia ada. Lama jugak Sofia demam kali tu. As a mom...sakit sendiri semua tolak tepi...yang paling penting anak sihat dulu. Risau sangat if demam tak kebah. 

Persiapan raya semua tak buat. Tapi rezeki Sofia murah. Banyak sangat dapat baju raya dari tokmama, uwan, maklong and pakngah dia. I sempat jahitkan satu baju kurung je untuk Sofia. Jadilah. :) Ended up baju kurung Sofia banyak giler. Bayangkan sehari pakai dua baju kurung sepanjang tiga hari raya. Ni pun ada lagi yang belum berpakai. Hihi.

Nasib baik jugak dah dekat-dekat nak raya tu everybody dah kebah....so husband heret kami berdua pergi shopping. Penat rasa nak pengsan bila anak dah start merangkak and berdiri nak jalan ni. Fuh! Siap demand tak mahu duduk dalam stroller atau dukung pakai sling....nak merangkak kat lantai shopping mall. Boleh? huhu. At some places yang ada carpet...and nampak macam bersih...especially dalam fitting room, I bagi je dia merangkak. Bagi dia lepas penat and stretching up sikit. Hihi. Biasalah kan anak kecik..."bila tak selesa kami menangis" ;P Kelam kabut nak calm down kan dia. Hehe. 

Kali ni pagi raya pertama kami raya at my granny's place. Tak jauh pun. Area situ jugak. Haha. Actually kami balik rumah my mom la. Tapi memang dah jadi kebiasaan kami sedara mara akan berkumpul kat rumah nenek pada malam dan pagi raya. :D 

Pagi raya...percaya tak I tak sempat siapkan Sofia for her first raya? Hihihi. Husband ajak sembahyang raya kat masjid. Jadi minta tolong my mom siapkan Sofia. Then my mom bawa Sofia ke rumah nenek. Me and husband terus ke rumah nenek lepas sembahyang raya. :D Wah. Sofia macam celebrity semua orang kerumun dia nak ambil gambar. Anak dara tu pulak, ever since dah pandai merangkak tak reti duduk diam langsung. Semua tempat nak explore. Sampai gambar dia dalam camera semua bergerak. T_T Nandeskaaa....

Time ni Sofia kena kerumun. Tak dapat cilok anak sendiri...terpaksa bergambar berdua je dulu. Fufufu
Sampaikan nak tangkap gambar tiga beranak pun susah. Huhu. Dalam banyak-banyak gambar satu je yang ada gambar tiga beranak. Tu pun Sofia tak pandang camera. Huhuhuu. Apo nak buek? 

Dah jadi kebiasaan jugak kat rumah my granny..lepas makan...salam-salam...then bergambar. Sesi bergambar ni pulak memang lama sebab melibatkan sedara mara sekali. Hehe. Nak letak semua gambar dalam blog ni....memang tak la kan. Banyak sangat. Haha. Oh..and this is the first raya...adik I bertambah seorang lagi. No....bukan my mom beranak lagi. =P But my brother baru kahwin bulan empat hari tu. Entry pasal wedding diorang ni...aiseh....I nak type asyik tak buat-buat. Gomen ne... (-__-) So I dapat sorang lagi adik perempuan. :D Hehe. Seronok sebab family makin besar. Tahun depan ada anak buah pulak. InsyaAllah :D

My siblings ;D
Chronicle of Hj Manaf & Hjh Ramlah. :D Ni pun ramai yang takde. :D
Hehe. Raya is all about minta maaf from everybody, lemang, rendang, kuih muih...and also pictures. Hehehe. That's why dah 28 tahun hidup pun still suka raya lagi. Haha. First raya pulun semua lemang rendang lontong mak tong yang ada...second day berebut toilet. Haha. Buruk perangai. Semua eh macam tu. Bukan kami je. Hehe

The only decent picture of us as a family di pagi raya. Muahaha.
Lepas dah puas bergambar, baru la kami ke rumah sedara yang berdekatan....dan juga rumah my in-laws. :) Sebab rumah dekat...kejap-kejap kena panggil balik, ada sedara datang nak tengok Sofia (-_-"). Memang hectic sangat...sampai ke malam baru la kami dapat rest. Sekali sekala macam ni...walaupun penat tapi memang seronok! :D And seronok bagi Sofia biasa dengan orang ramai. Baby ni ada stage dia...dia akan takutkan orang. Stranger enxiety. Asal tengok orang je nangis teriak. Pastu pergi kat ibu mintak dukung. Adeh. Tapi sekarang dah okay. :D 

On the way ke rumah sedara. Sofia buat muka mengada. Haha
Hehe. baju kurung yang Sofia pakai ni is the one yang Tokmama dia belikan. Yang I jahitkan warna purple...kain hadiah dari Puan Superwani kita. Kihkih. Since theme color baju raya kami last minit baru plan...ni je baju kurung Sofia yang match dengan baju kami. Nak beli lagi...memang tak la kan. haha. Headband Sofia beli kat Jalan TAR. :D Sofia sukaaaaa sangat sampai gigit-gigit benda tu. Haha. And she has a handbag. Kalah ibu dia yang takde handbag baru ni. Haha. 

Muka Sofia time ni...serious sebijik muka I. kihkihkih
Heee. Okay la. I think that's all for now. Follow me on Instagram (liyanaazzuan) if you wished to see more pictures of her. I update like....everyday on Instagram. Haha. Okay. InsyaAllah. Ada masa I tulis lagi. ^_^ Take care now. Jangan makan rendang banyak sangat. Jaga kesihatan okay. :) Tata!

XOXO,
Liyana SCR

Comments

('',)pzAEdy~ said…
kamu sangatttttttttttttttt cumel sofia....serius comel !!
safurara said…
selamat hari raya kak! sofia comels sgt dgn baju polkadot tu.
Shayra said…
aah la kak liyana.. ur daughter sebijik muka u! hehe. selamat hari raya! :)
Unknown said…
selamat hari raye sofia!!!(emak die eden dh wish dh ritu:P0
safiyyah osman said…
sofia muka kiut miut.....selamat hari raya akak n sofia!!!
fana said…
cumelnyer baby
cha said…
cantiknya u. sofia comel mcm u sis hehe. selamat hari raya maaf zahir batin :D
cantiknyaa baju kurung dia :-)
Mak Jem said…
salam mama sofia yg comell...sudi tak kongsi dengan pembaca awk punya kening sgt cantik..mcm mana awk lukis dan pensel jenama apa yg awk guna...tgsm...muaaahhh! utk sofia..
Rose said…
Salam.
Aww. first time tengok your baby, Liyana. Comey nya, alhamdulillah :)