Entry Warm up
Assalamualaikum~~~~~
Sofia ni!
Ibu tak dapat nak post entry baru. Ibu nak edit gambar gambar dulu.
External harddisk Ibu kat Daddy. Daddy bawak pergi Kertih sebab dalam tu banyak movie.
Daddy nak tengok movie sambil buat kerja malam-malam.
Jadi Ibu kata dia update "mana yang ada" dulu.
"Mana yang ada" tu maksudnya muka Sofia la. Hihi
Ni gambar latest Sofia. Ibu ambil semalam.
Ibu kata Ibu pakaikan Sofia tudung. Padahal kain lampin je. (-_-")
Macam la Sofia tak tahu. Ceh.
Sofia will be 4months old tak lama lagi.
Excited =D
Sofia tengah belajar meniarap sekarang ni.
Susah sangat tapi Sofia tak give up =')
Bila penat Ibu angkat Sofia and bagi susu. Pastu Sofia rehat and tidur.
Masa tidur pun Sofia nak meniarap jugak. Hee
Sofia dah pandai marah kalau Sofia tak suka.
Sofia cakap "urghhh" nanti kelakar tengok Ibu kelam kabut pujuk Sofia. Hehe
Last week Daddy bawak Sofia and Ibu pergi Port Dickson.
Sofia swimming kat pool. Best. Daddy belikan baju mandi kat Sofia.
Pink kaler. Comel! :D Sofia suka. Hihi
Nanti Sofia suruh Ibu post entry pasal tu okay. ^_^
Kenduri Uncle Ngah Sofia pun dah dekat.
Ibu and Sofia tidur rumah Uwan dari hari Ahad sampai Khamis.
Bila Daddy balik, Daddy ambil Sofia ngan Ibu kat rumah Uwan and bawak kitorang balik ke rumah Tok mama.
Macam tu la nampak gayanya sampai hujung bulan ni kot. (-_-")
Sebab Ibu kena tolong Uwan buat hantaran ngan doorgift Uncle Ngah.
Sofia nak tolong tapi Ibu tak bagi.
Asyik suruh Sofia main dengan Pak Bang ngan Pak Dik je. =[
Ingat Sofia tak reti ke nak buat hantaran. Huuu
Apa lagi eh Sofia nak tulis? Oh ye.
Ibu pesan suruh bagitahu. Ibu sekarang tengah kemaruk Instagram.
Kalau sesiapa yang ada Instagram tu search la nama Ibu.
Ibu pakai nama liyanaazzuan.
Ibu upload banyak gambar Sofia. Heee
Cukup la kot sekarang eh. Sofia nak sambung main dengan Onyang.
Onyang ni tak sabar-sabar nak main.
Ye lah ye lah Sofia datang. =|
Ohh lagi satu!
Ibu cakap ibu nak buat BLOG SALE sempena Birthday Ibu yang tak lama lagi ni.
So aunties ngan kakaks yang nak beli makeup dengan harga runtuh...stay tuned! :D
Nanti Sofia suruh Ibu update cepat-cepat. Haha
Okay cukup.
Onyang dah bising ajak main.
Okay ye semua.
Sofia pergi main dulu.
Babai! :D
XOXO
Sofia SCR
p/s: chewah! sign pon nak macam Ibu? Lawan tokey ni. ;P -Liyana SCR-


Comments
like mother like daughter.... ^_^