Current Status: Honeymooning

Hello darls ^_^

I ber-online secara live dari Bali. ^__^ Wifi kat villa ni sungguh laju. Kalah broadband husband kat KL. haha. Seriously darls. Best. hehehe

Semalam I naik flight ke Bali pukul 6.30 petang. Sampai kat bali dalam pukul 9.40 malam. Thunderstorm as soon as flight menjejak awan di bumi Bali. Lebat. *_* Ada supir villa (driver villa) pegang signboard with my name kat airport. Jadi keluar je airport terus naik MPV and headed to Villa yang mengambil masa lebih kurang 20minit dari Ngurah Rai Airport, Denpasar. Hujan sangat lebat. 

Tapi hari ni cuaca sangat best. Panas je. Sempat la me and husband buat full traditional Bali massage (villa's complementary honeymoon package). Sedap. Siap kami berdua tertidur masa tengah buat massage. Rasa cam nak buat spa pulak esok. hehehe. 

Lepas massage, mandi manda kat private pool (ecececeeeeh). Then siap-siap jalan kat pekan Seminyak. Banyak butik. Tapi tak beli pon. Mahal. Diorang target tourist from Aussie ni. Tu yang mahal tu. Tak pe no worries. Mungkin (insyaAllah kalau tak hujan dan takde halangan lain) nak shopping kat mana erk supir cakap...Tanah Lot ke apa ntah. Tak ingat. Hehee. Can't wait.

Pasal makanan. Memang susah sikit nak makan kat sini. Mujur la I bawa dua bungkus (12 paket) maggi. Plus dua tin besar sardin plus chicken curry dalam tin plus dua kotak mushroom sup instant, plus sepeket milo dari KL. haha. Evem ayam pun tak boeh makan kat sini sebab diorang chop chop aja. Takde proper sembelih. Kuali periuk kat kitchen pun kitorang samak dulu. Boleh? haha. Tapi ok la. Just order nasi dengan seafood, I think it should be OK. ^_^

I nga husband siap makan kari ayam dalam tin tu tadi sebab teringin nak makan ayam. Boleh? Ni baru sehri kat Bali ni. Balik KL Jumaat nanti tak tau la macamana. Mau nya terkam KFC dulu kot sebab tak dapat ayam kat sini. haha.

Tadi pon dah jalan pergi pantai Seminyak. Mak aihhhhh. Ombak besar! Nak surfing pun macam tak sesuai...apa lagi nak mandi manda. Mandi pool je la jawabnya. Heeee

Sorry la ye. Gambar I upload kemudian. Belum transfer kat lappy. ^_^ So...if sempat esok I update lagi ye. ^_^ Babai!

Salam dari Bali (chewah!) =P
Mrs SCR
=P

Comments

hai...
boleh x awak emelkan kat sy price utk full pakej honeymoon awak?? hihi..
tgh mencari jgk ni..

fairuzfadzilah@gmail.com
Anonymous said…
dear..banyak makanan halal kat sana..masa first 2 days kiatorg pakai guide..so dorang tunjuk suma tempat..lepas tu..lagi 4 ari kitaorg gi..kitaorg sewa motor and pusing bali. dekat kuta ada makanan arab banyak..and kalo area legian semua tu, kitaorg jumpa restoran sunda. makanan sunda halal. sedap2 lak tu..

kalo tak salah, mc d kat indon semua halal.tapi check balik lah.kitaorg tak pegi fast food pon haritu.
yoshie_moshie said…
Lar dorang tak tunjukkan ker...kedai "Wang Solo"?...Ayam Penyet pun ada...Masyallah sedap giler...lagi sedap dari KL punya...sampai kita org kat sana...tiap2 hari melantak benda yg sama...boleh?