Alkisah Darah Manis
Salam ladies. ^_^
I don't really believe in 'darah manis' and all that before this. But somehow I do, now. I think most of you dah tahu pasal my accident last monday (13/12) through my facebook or BBF group page. Masa I drive I tak berangan langsung. And it wasn't my fault. Tapi benda dah nak jadi. Jadi jugak lah. Kan? Tapi everybody advised me to duduk rumah je jangan keluar rumah dah. I'm kinda grounded. Huuu. Macam ni ceritanya.
Isnin lepas, I went to my office in IIUM. Sebab ada few things nak settle plus nak send some invites to my lecturers and HODs (Head of Department). Then, hajat di hati nak ke Masjid Wilayah untuk ambil resit pembayaran sewa dewan makan Muslimat untuk majlis nikah nanti. Entah kenapa hari tu I rasa Jalan Duta tu jauh sangat. Padahal, IIUM-Selayang-Jalan Duta tak la jauh mana pun. Lebih kurang 10 minit driving je.
Kat area flyover bulatan Kepong, I notice lori treler besar gilos kat kiri jalan. Since I kat belakang lori tu, I pun take over the lorry by changing lane to lane tengah. You girls elakkan drive belakang lorry, sebab the shape of the lorry tu boleh menyebabkan your car tertarik towards the lorry. Suction sangat kuat kat belakang lorry. Very dangerous.
Ok. back to the story. I pun maintain lane tengah. Sampai atas flyover (menurun), traffic jadi slow. Since kereta (jip) depan break, I pun break la kereta I. Tiba-tiba....DUMMMM! Kat belakang kereta I kena hentam. I tengok kat rare mirror....besar gilos kepala lorry yang hentam I. Rupa-rupanya lorry yang I took over tadi ada belakang I. Tak sedar pun bila dia changed lane. I pun panic kejap. Dalam kereta ada dua orang adik-adik I. *Maklum lah cuti sekolah - kena jadi babysitter sepenuh masa* I terus tanya adik-adik I okay ke tak. Mujur dua-dua okay.
So, I pasang hazard light and pulled over kat bahu jalan. Lorry tu follow I dari belakang. Sampai kat bahu jalan, my fiance called. I pun dengan tangan and lutut ketar keluar kereta and bagitahu my fiance yang I baru accident. Frantic jadi nya dia. Dah la jauh. Risau sangat dia. I bagitahu dia I nak call my dad dulu.
You girls boleh tengok kan...how close the lorry driver park the lorry kat belakang I. Ada hati nak kata I yang salah sebab break kereta. I cakap....if I tak break I'll hit kereta depan I. Then I cakap, wait for my dad to settle things.
Kerosakan kereta takdelah serious mana. As you girls can see from the picture. Cuma dented bahagian boot kereta. Cermin semua tak pecah. Cuma boot, bumper dengan lampu signal pecah. Tayar lari sikit...tak lurus macam biasa sebab impact kat bahagian tengah. Syukur kan? I recite some doa pelindung before took off to Jalan Duta. Don;t forget to recite do'a girls. It helps a LOT!
Teka lah lorry jenis apa yang hit my kancil?
Tu dia. Mercedes Actros 2640. Lorry ni boleh bawa 51tan (approx. 51000 kg) muatan. O gosh. I'm sooo lucky sebab traffic hari tu slow. Kalau laju....fuh. Tak sanggup nak bayangkan.
Bad day for me sebab lepas tu buat report kat Balai Polis Jalan Bandar (yang memang sentiasa sesak). Ramai sangat orang nak buat report accident. I sampai and ambil nombor, tengok nombor....alamak....24 orang lagi before I. Huhuuhu. Bayangkan I have to wait for three freaking hours just nak buat report polis. Huuuuu
Sudah nya urusan hari tu semua tertangguh. Buat masa ni kancil I masuk workshop. May be dah siap kot. Tak sure. My dad uruskan semua. Bila takde kereta ni mula lah macam-macam I buat kat rumah tak reti duduk diam. T_T
I rasa mungkin I akan fobia untuk seketika nak bawa kereta. I tought I'm strong enough to drive the car masa nak ke Balai Polis hari tu. Turned out...I think I have to pass for awhile. Minta my fiance je yang drive ke mana-mana. Adik-adik I walaupun tak menunjukkan tanda-tanda trauma *masih ligat bermain seperti biasa*, ada jugak lah mengigau-ngigau yang si kecil tu masa tidur malam tu.
I...alhamdulillah. Grounded kat rumah. Baru semalam dapat keluar rumah. Itupun sebab my fiance dah start cuti kahwin.
Jadi kesimpulannya girls. If things nak jadi akan jadi jugak. Kun fayakun...kan? Tapi please take extra precautious. Fasten your seat belt and always recite do'a before take off. Okay? Darah-darah manis tu mainan perasaan je. Cuma kita kena selalu beringat kat mana juga kita berada. ^_^
XOXO,
SCR.




Comments
ok arahan seterusnya dgn kuasa b2b. u are grounded! sampai hari kawen.
come, blog walking mine ye..tq!
LiyanaIskandar, thanx for blogwalking. ^_^ takpe seminggu je lagi. ganbatte! hehe
please take care...tau...
but as u said...kun fa ya kun..
kita tak boleh nak stopkan pon...
tapi
syukur la u tak ape2..
;)
Take care of yourself k..
rehat cukup-cukupk k... berapa hari je tinggal neh ;)
p/s : sis..lagi 6hari..:)..good luck..semoga segalanya lancar...
bahaya btul kann..??
mmg bahaya drive dpn lori sbb lori xpakai brek mcm kete. lori pakai brek angin. dats lori xleh wat emergency break.
so kalo driving, please avoid driving dpn lori.. keh..??
cikkin pon pnah alami situasi mcm u..org langgar blakang..tp bukan lori laa..mase tu..kereta i baru umur seminggu..die da kasi "kiss"..aish..sejak tu..phobia tgk lampu break n tgk kereta laju kat blakang..huhu..
syukurrr takde ape2 yana..take care tau dearrr!! jgn kuar umahh dah mggu ni ..hehe