Bekas Hantaran

Hello ladies. ^_^

Kali ni nak berbicara tentang bekas hantaran.  Bekas hantaran I ni I beli kat Fah Lean di Balakong. Entry nya di sini. Bekas hantaran yang I beli berwarna putih dan berkerawang (embossed) gold. Bekas hantaran ni was on sale. RM29.90 for two. Jadi, I fikir....since my hantaran akan jadi 11 daripada 9, originally. I terpaksa cut cost sana sini. 

Sebelum ni...I nak cari yang simple je...a white dulang yang tak dalam sangat border dia. Tapi instead, I jumpa yang ni in a very good deal. Jadi I bedal je lah.

Painting process

If you girls can see...gold kerawang tu tak berapa nak cantik. Color dia tak menyeluruh. Dan cat putih tu pulak rasa macam kapur. Pegang je melekat putih kat tangan.

Jadi I mengambil keputusan untuk cat bekas tu jadi warna putih semua macam gambar kat bawah. 

Painting products

Baru puas hati I bila tengok bekas tu berwarna putih dan berkilat. ^_* Tips untuk B2B, carilah cat yang super glossy untuk woods, RM18. Sangat cantik. ^_^ I'm loving it. ^_^


Setelah cat kering, I glue some ribbons kat atas dan bawah dulang tu. Siap! Tunggu barang hantaran dan bunga-bungaan je lagi. ^_^ 

Comments

ZARIZA said…
cantik~ putih berseri..
Unknown said…
Gud job liyana=)..hurm btw,i dh dpt kad u..thanks alot dear!
Shakina Farhan said…
cantik2!..nak cari bekas hantaran kat china..arap2 ada cantik mcm ni..
wande-ful said…
I suke la cara u
very the practical..

I mean buat ape nak membazir kan?
n kalau benda tuh kita buat sendri or DIY mesti lg syiok ;)

waweee...11 dulang uuuu?
i nyer nnt 3vs5 jer ~
lg jimat gila !
hehe
Xora said…
Fah lean best kan barang2 kat sana.! bagus kamu amat kreatif!
Liyana SCR said…
Zariza, I puas hati bile pegang dah xrase kapur. hikhik. sekarang ni rase cam nak cat sume bende. haha.

Yumie, thanx. Dah dpt erk? ^_^ yeay!!! ^_^

Kina, umangaih...sampai cina nak cari bekas hantaran. Ingatkan belajar je kne sampai ke negeri cine. hehehe

Mel, tu la. memula beli pun I cm half hearted je. Tapi bila dah cat...I pula yang xsabar2 nak decorate. haha. Alaa....11 dulang pon sebab my fiance yang nk tambah part die...T_T seksa la hantaran banyak-banyak ni. T_T I lagi suka sikit dan significant.

Xora, best. sebab riben yang susah nak cari kat kedai biasa, mesti ada kat Fahlean. Tapi kan....I baru tau yang riben my fiance yang kitorang beli kat Fahlean was RM3.50, kat nilai riben yang sama, RM2.90. T_T huuuuu
Rilla said…
I suka sangat, dah lama cari white tray camni, and the price is a very good deal. The end result is fabulous *.* Mahu tiru idea kamu
Liyana SCR said…
Rilla, sila sila. I share untuk kita semua B2B mudah utk buat prep. Sila jangan segan-segan. Hehehe.
SURIA AMANDA said…
wah...sangat berbaloi...cantik..kreatif jugak awak yer..