Wedding Hightlight: FBIL
Hello lovelies.. ^_^
Maaf lah dah lama tak update. I busy mengalahkan mak perantin. Haha. As u all know, my FBIL got married last Friday night. Walaupun I tak bantu apa-apa, tapi bahang dia tetap terasa. ^_^
Lepas sembahyang Jumaat, my fiance ajak keluar. Bukan dating ke apa. I pergi bank in deposit untuk honeymoon. =P and also pergi cuci kereta. Hihihi. Tak dapat pergi shopping since my FBIL nikah pukul 8 malam. So, balik dari cuci kereta, I siap laju-laju and lepas Maghrib, terus ke rumah FMIL. Nasib baik lah rumah dia dekat je dalam 5minit sampai.
Then, kami semua ke tempay nikah which is Taman Pengantin, Ampang (ke Taman Melawati ntah) haha. Anyway, majlis berlangsung dalam suasana relax je sebab tak hujan. Angin sepoi-sepoi bahasa je. Hehe.
Heee....you girls tau tak? Selangor dah start guna mas kahwin macam negeri-negeri di pantai timur. Kiranya dah takde istilah wang hantaran dah. Jurunikah tu cakap, mas kahwin tu akan jadi hak di pengantin perempuan and terpulanglah macamana si perempuan nak menguruskan duit tu. Contohnya macam my FBIL, dia dah bawak mas kahwin RM300 and wang hantaran RM8888.88. Tapi masa akad, dia sebut RM9188.88 instead of RM300. Penat je plan nak bagi nombor cantik-cantik. Hehe
Then, ayah si pengantin perempuan menikahkan sendiri anaknya. Sekali lafas, mereka sah bergelar suami isteri. Nah gambar-gambar mereka (I cilok dari facebook my future biras. hehe. Kalau tak silap, picture ni dari camera cousins dia. OP was Photolicious. Lambat sikit kot baru keluar) =P
Pengantin perempuan dan pengapitnya
Sesi sarung-sarung cincin. Heee
Sesi penyerahan mas kahwin. Kene dera bagi wish kat isteri time bagi mas kahwin. Hehe
Lepas tu ada majlis berinai kecil. Memula I ingat berinai kecil ni kena berinai. Rupa-rupanya berinai kecil ni maksudnya bersanding kecil. Haha. Mati-mati I ingat kena pakai inai malam tu. kihkih.
Then, lepas tepung tawar semua, diorang jalankan games/adat. Ada dua games. Diorang kata adat orang Sg. Choh, Rawang. First, main elak-elak dari disuap pulut.
Memang meriah la. And sangat kelakar bila muka pengantin herot berot elak kena suap sambil at the same time cuba suap pulut tu ke mulut pasangan. Kelakar okeh. Bayangkan makeup dah cantik-cantik, habis rosak sebab ni. haha. My aunty later told me, yang adat ni actually asal dari Sumatera. My mom and dad pun buat adat ni sebab my mom asalnya orang minang, negeri sembilan.
Then, game kedua is rebut cincin dalam beras. Kalau pengantin lelaki jumpa dulu, maknanya anak pertaman mereka adalah anak perempuan. Dan kalau pengantin jumpa cincin dulu, mereka akan dapat anak lelaki. Game ni bukan kepercayaan ke apa k. It's just for fun. Cincin mereka ni diorang masukkan kat dalam pasu besar yang ada beras. Then guna satu tangan je, mereka kena seluk beras tu cari cincin.
Siapa menang? Malam tu, pengantin perempuan menang. haha. My FBIL kata dia dah jumpa dulu dah. tapi dia bagi can kat wife dia. My FMIL pulak bising kata nak cucu perempuan. Haha. =P
Pastu kami pergi makan. Catering sama macam masa diorang bertunang. AlHuda Catering. Sodap. Serious. daging dia paling sedap. (tak jumpa la pulak website dia. T_T)
Pelamin semua dari....tak ingat la pulak. Jimi something....tapi bukan Jimi Kajang. I tak ingat. *_*
Keesokkan harinya, mereka bersanding pulak. Theme color was peachy pink. Pengantin pakai peachy color, and family semua in pink.
Yang ni gambar before tengok silat.
Alamak. Tak jumpa la gambar diorang duduk kat pelamin berdua. Tunggu la kat Photolicious profile page kat facebook. Okay? ^_*
This Saturday, my FMIL's turn pulak buat kenduri. Ni jap lagi I nak ke sana tolong-tolong apa-apa yang patut.
Suka kan bila terlibat kerja-kerja kahwin ni. Haha. Cam tak tidur pun takpe. haha. XD Okay lah ye darls. Nanti ada apa-apa update, I akan update okay. ^_^
Love yaaaa~~~~

Comments
Quiyah, pengantin mmg sgt cute. hehe
Mysarah, haha. maklumlah. before this tak pernah pergi majlis berinai ni. ni baru 1st time. hehe
suria_amanda, it would be fun to be ding all those games. Teringat wedding zaman mak ayah kita. hehehe
Hana, itulah...i pun tak tahu. tula banyak sgt tengok cite wedding omputeh. haha
Renee, I've linked urs too. ^_^ happy blogging! ^_^