First Update! Barang-barang Hiasan Hantaran

Hello ladies ^_^

Dah lama tak berblog secara selesa. Banyak benda nak tulis...tapi tak tahu mana satu nak start. T-T Well...I think it's better to start with barang-barang hiasan hantaran...since this is wayyyyy long overdue. hehe. Sorry. I have to wait for my fiance to get back to KL in order for me to use the broadband. Kat rumah takde internet and the mobile blogging is sooo not fun sebab tak boleh attach gambar. Booooooo!!! >P

Hehe. Anyways. (I lupa berapa haribulan) I pergi Fah Lean Trading kat Balakong untuk cari ribbons. I was told by Miss err....she should be Mrs Xora by now...hehe....yang ribbons kat Fah Lean sangat murah. But before pergi ke sana, me and my mom pergi survey kat kedai-kedai hantaran kat area Selayang Baru just to get the price on certain stuffs. Saja nak buat comparison.

Turned out girls....harga kat Fah Lean untuk certain barang...macam paper bags....and kain satin untuk hantaran and few other stuffs are waayyyyyy too mahal. Tapi I found that for ribbons, yup they are quite cheap. Jadi, you girls better check the prices here and there before beli kat sana ok? ^_*


So...I beli just a few stuffs aje kat sana. Bunga-bungaan untuk bunga pahar.....pahar itself...ribbons and dulang hantaran. The dulang hantaran was on sale. RM29.90 for dua dulang/bekas. Lucky! Jadi I beli dulang yang tu je. Jimat. Since I nak bagi 11 dulang hantaran, kena la I cari a good bargain. Kalau tak pokai la I. T_T Tapi I dah buat sedikit ubahsuai dengan mengecat, menggunakan cat yang berharga RM18 setin, dulang-dulang itu supaya menjadi warna yang I nak. Hehehe. Dah siap dah cat. Dan dah lekat ribbons. Heheeeee. =P

Owh lupa. I beli jugak alas dulang yang I rasa macam menyesal beli sebab I rasa mahal and I can get yang lagi murah kat kedai-kedai di luar sana. Bunga pahar dan pahar tu...I rasa quite okay la kot. I dah survey kedai kat area Setapak and the prices are much mahal. So tutup mata dan beli saja...hehe. Kain satin yang nak buat balut polysterene dalam bekas hantaran you girls boleh beli kat Kamdar instead of RM3.50 kat sana. 

Polysterene pon I beli kat situ. I clueless la sebenarnya nak deco macamana hantaran ni. Jadi I beli je bahan-bahan nya..and nanti I let my aunt yang decide selebihnya. *_* 

Tu lah dia nya. Hehe. Untuk pembelian RM200 ke atas, you girls akan dapat free Fah Lean membership and entitled to 10% discount on every items. I think they should give at least 20%. Siapa setuju? hehehehe.

So..itu lah entry pertama setelah sekian lama tak update. I nak update laju-laju dan tinggalkan you girls dengan cerita yang banyak. I kemungkinan besar akan sangat-sangat busy Jumaat dan hujung minggu ni. Wish me luck ye ^_^

Comments

Unknown said…
Finally! Sayang! Ribbon kt sana byk choice x and murah dia cam mane tu?
wande-ful said…
rajin nyer u g survey2..
I nyer wedding maybe oct jgk next year..

tgk blog u ari2 motivate me to start planning mine soon ;)

happy for you dear !
Liyana SCR said…
Ayu, I rasa ribbons murah. Sebab satu gulung for 9m/10yd tu dlm RM2.90 untuk satin ribbon 1/2inch. Kat kedai biase tak dapat kot harga tu. n banyak choice. U try bukak website die. Die ade letak gambar. ^_^

Mel, Oct next year! weee. ^_^ better plan awal2 mel. I prepare awal2 pun still cuak ade je last minit works ni. *_*