Waktu Nikah

Hello everyone. ^_^

Cik SCR rasa tak best sebab terpaksa tukar waktu nikah dari pukul 10pagi ke pukul 5petang. Ni semua gara-gara dewan makan yang hanya boleh digunakan selepas pukul 11 dan pukul 11 tu dah ada orang book. T_T sedih sedih. Terpaksa ikut slot dewan makan tu yang free pukul 4 petang.

Tapi nasib baik la ustaz tu flexible. Dia boleh ubah waktu nikah kami ke pukul 5 petang. Thanx ustaz. 

Tak kisah la kan. Nikah pagi ke petang ke malam ke...janji nikah. Tak bisa tunggu lama-lama lagi ni. Haha.

Selama I menyepi ni, I pergi mencari barang-barang hantaran. Adalah dalam few barang yang dah dibeli. Kasut nikah dah beli mengikut advise my mom ngan fiance yang nak I pakai kasut covered ala-ala gambar ni...
(Picture Credit: Butik Man Kajang)

Wuuu..sangat tak suka kasut jenis ni. Tapi fikir-fikir balik, kasut ni paling sesuai untuk majlis nikah. Nampak cam ala-ala perempuan Melayu terakhir je. Haha. No lah. Actually proper la sikit since I akan nikah di masjid. Jadi....belasah aja lah. I beli kat The Shoe Connection, Sunway Pyramid. Harga tak lebih RM100.

Then I pergi beli kasut for my fiance. Kasut hantaran and kasut untuk pakai time reception. Dua lagi kasut I tak beli lagi...sebab tak jumpa yang berkenan. T_T Jadi haruslah minggu ni dan minggu depan (walaupun orang sibuk beraya) kami pergi shoes hunting lagi. Hihi

Owh....tentatively, I akan broadcast my Save The Date (STD) video on Raya ke-5....(14 Sept) sempena tujuh bulan usia pertunangan kami. ^_^ So...watch out for that ya. Rentetan dari itu, I akan keluarkan gambar-gambar masa my engagement yang long overdue tu. Hehe. Kamu excited tak? hihihi I sangat nervous. haha.

Oklah...entry pendek sebab my two little brothers tak sabar nak pakai PC untuk main games. T_T Bye darlings. ^_^

Comments

kay kamal said…
tul2..seb baik ust tu flexible, mine sbb he is a guru besar.. kne ikut time dier so takle nikah awal T_T
waaah tak sabar nak tgk SQR. wish all the besh preparation hehe =)

xpe, asal majlis berjalan lancar kan =) k Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin =)
Tahirah A. said…
happy revealing yourself dear :) hehe..
lepas ni tak yah panggil SCR dah, i can call u by ur name.. kan..kan.. ;p
Liyana SCR said…
Zara, me too. ^_^

Kay, adakah jurunikah kamu tu pergi mengajar dulu before nikah kan orang? hehe. Tak pe dear. janji kita kawin. haha

Nora, aiseh...ni yang buat I malu ni. haha XD

Tahirah, LOL. true. After tis boleh panggil nama I okeh. haha *blush*

Reen, tungguuuuuu.....hehe. *nervous*
Elya Roza said…
klo nikah petang...u buat outdoor photoshoot bilee dear??
Liyana SCR said…
Elya, I nikah pukul 5, jadi terus la meng-outdoor-kan diri. hehe. Sunset is romantic kan....ehhehehe