Current Project: Small Pillow Case

Good morning afternoon! 

I baru bangun tidur. Tihihihiiiiii =P Bukan sengaja bangun lambat tau! I ada project DIY baru. Hehehe. U all ingat tak the entry yang I post from my handphone tu? Tak ingat? Sila baca entry pendek tu kat SINI. Dalam entry tu I ada cakap nak kahwinkan sarung bantal kecil dengan langsir kan? kan kan? hehe.

So, malam tadi and malam sebelumnya, I dengan tabahnya menjahit sarung bantal. Tak de template apa-apa. Guna imaginasi je and terus potong kain and jahit. Walah! Gamble je. Hahaha. Tak reti la nak ikut template. Bantal yang I nak guna adalah bantal yang I beli kat Jusco ni (harga dalam belasan ringgit kot). 


Misi utama, nak jahit sarung bantal yang akan nampak macam original sarung dalam gambar kat atas. Hehehe. Sorry la I takde gambar kain yang dah potong semua. Gambar yang hampir siap ada. Kira nya I ada lagi 8% nak siap jahit. 


Sekarang ni, dah phase terakhir untuk jahit belah dalam so that jadi cam 'ruffles' kat gambar first tu. If ada mesin jahit, simple je buat ni...jahit jelujur je dari luar. Tapi.....take a look at my mom's mesin jahit.


Dah jahanam I guna. Dah tak berfungsi sejak 5 tahun lepas. Bahagian benang dalam sekoci tak nak keluar. T_T My mom jarang guna mesin ni. My mom beli mesin ni dulu pun sebab nak suruh I jahit langsir raya. Simple simple je. Tapi I jahit langsir raya since I was in high school...form one if tak silap. Pendek kata as soon as I ambil subject Ekonomi Rumah Tangga. Harharhar. Tapi benda azimat ni dah tak dapat menabur bakti pada I yang desperate nak jahit sarung bantal and nak alter langsir yang Nagoya buat. Grrrr...long story short, langsir untuk pintu bilik semua pendek. Hanging okeh....huhu. Dah jadi satu kerja pulak nak pergi hantar alter.

Jadi...yaaa......I jahit sarung bantal tu guna jari jemari I yang lembut ni. haha. (trust me...kulit tangan I kasar. Haha) Sakit erk jari I jahit. Huuuu...fiance baru tau I tidur lambat sebab jahit menda alah ni. Haha. Takpe takpe. I jahit sambil tengok cerita Full House buat kali ke-118. hahaha.

Sneak peak sarung bantal. =P

Guna bling-bling lagi tu. Haha. Bling-bling tu actually pendant dari choker & matching earring I yang dah berabad lama tak pakai. Haha. Hasil nya........we'll see....we'll see. Hehe

p/s: mama tanya nak alter sendiri ke tak langsir tu..memula confident nak alter sendiri. Lepas dah buat ni...lupakan lah hasrat nak alter sendiri. kuang kuang kuang =P

Comments

Mysarah Rahman said…
i memang salute giler la dekat org yg pandai jahit menjahit nih!

ish bila la haku nak start kelas menjahit ni? T__T
NoraAnne said…
hehehe..i suke menjahit but x reti menjahit gune mesin jahit..ade cerite disebaliknye..hehehe

btw..comel je tgk sneak peak sarung bantal tu..
Liyana SCR said…
mysarah, i tak pandai pon. I pakai jahitan yang simple2 je. name jahitan tak tau. maen hentam je. hahaha

Nora Anne, tq. ^_^ wah..ni sure expert jahit tangan ni. hihi
waaah kamu ni emmg rajin dan kreatif la... nora bab jahit2 yang lemah ni hehe
Tahirah A. said…
tak boleh duduk diam SCR ni!!..hehe..

i ni jahit butang baju je boleh...lol
Liyana SCR said…
Nora, rajin ke? Ni terpakse ni. haha XD

Tahirah, boleh la duduk diam. hahaha XD ok la tu. reti gak jahit. hehehe
Reen Tart Nenas said…
saye lagi best, mmg tahap tak creative langsung, saye nak hantar kedai jer suh org tu jahit bantal. hehehe serius pemalas. jeles, sbb kamu rajin jahit sendiri :) chaiyokkk!
Sya Sakura said…
nampak cm cantik je! Wahh x sabar nk tgk hasil dia nanti.. chaiyokk!! :)
rajinnye u babe..i balik keje dh penat gile..xsempat dh nk menjahit2 bagai ni..gudlak!
Liyana SCR said…
Reen, rajin jahit sebab malas nak hantar kedai. haha.

Sya, chaiyok2. hehe

choclairissa, i tengah ade bnyk free time ni. hehehe.