Happy Mama's Day
(Source)
Ha...ingat tak Ahad ni Mother's Day? Jangan wat-wat lupa aaa...hikhik. Sempena mother's day...I nak wish these four person yang important in my life a happy mother's day. Jasamu tak ternilai.
First: My granny
I cucu kedua....and cucu first perempuan. Jadi memang manja dengan uwan & arwah atok. Dia yang jaga I dari kecil sampai besar. Dari dia muda, sihat walafiat, sampai la sekarang ni jalan terhencut-hencut akibat strok 3 tahun lepas. I sayang nenek I. I sanggup hantar nenek I pergi ulang-alik hospital untuk checkup kidney & buat physiotherapy tiap-tiap bulan. Gambar tu we snapped during my convocation. Since my granpa dah takde nak tengok I graduate, my granny yang tolong datang walaupun dia tak berapa sihat. ^_^ I tak kan lupa jasa nenek I ni. Akibat lama sangat di bawah jagaan nenek I...I hanya boleh makan yang pedas-pedas je. Tapi I tak reti cakap nogori eventho orang keliling I cakap nogori. huuu T_T Terima kasih Uwan sebab jaga kakak selama ni.
Second: My aunty, Tante
Ramai orang pelik bila I panggil Tante. Diorang ingat kami ni ada keturunan indon. hehe. Actually she's my mom's youngest sibling. Sepatutnya panggil Maksu. Tapi tante ni lain sikit....so dia suruh kami semua panggil dia Tante. And dia suruh my cousin's punya anak, which is suppose to be her cucu, panggil dia DATIN. Ye...datin. hahahaha. She's my mom's assistant. If anything, dia yang akan tolong jaga kami adik beradik. Tante tak pilih bulu dalam melayan karenah anak-anak buahnya. My mom selalu cakap yang Tante is our second mom. I ingat dulu masa I kecil-kecil, Tante bawa I ngan my cousin pergi lepak kat tempat dia belajar. Bayangkan la time tu umur dia baru 19tahun. Turun naik bas mini bawa dua orang budak kecil. Time dia belajar kat US dulu, I selalu tumpang tulis surat kat Tante through surat Arwah Atok mintak "Tanta(dulu-dulu tak reti eja Tante) belikan skirt tingkat-tingkat macam princess". I love Tante. Semoga Tante bertemu jodoh yang ditunggu-tunggu selama ini. Aminnn...
Third: my future-mom-in-law
I sangat adore this woman. Sebab dia melahirkan seorang lelaki yang sangat hebat di mata I. Sangat penyayang. She makes me feel at home. Dan yang paling penting, dia merestui hubungan kami dari dulu lagi. Terima kasih Aunty.
My FMIL (kiri) and My Mom
Last but certainly not least: My mom
Susah nak describe kat sini macam mana my mom besarkan kami adik beradik. She's a tough women and definitely a role model. She's a fighter. Semoga mama diberi rahmat dan dipanjangkan umur oleh-Nya. Her love is never ending.
I should stop before office ni banjir. Sob sob sob. Enjoy the video ya...bagi ceria sikit.. hehehe ^_^
And to all my friends and my blog readers yang buat pertama kali nya meniti pengalaman sebagai Ibu, Ummi, Mama, Mak, or apa-apa je lah panggilan tu untuk anda,...selamat hari ibu. ^_^




Comments