Welcome to My Square Cut Ring Blog!
-

Click my Nuffnang

Join my Chronicle of Bridezillas/Beauty Addicts

Tuesday, February 11, 2014

Our Life...So Far

Assalamualaikum..

I really feel a bit awkward writing in blogger again. I mean this is thus far the longest hiatus I had been. My last post was on the last day of October last year. I dah miss nak wish you girls Happy New Year...Maulidurrasul etc etc. Gomen nasai!  

Not soon after I announced my business line...I had this terrible vomiting....stomach bloating....mood swing...etc. I memula ingat from overload of work. Ye la...business bagus jugak. Especially order for Baby Boy jubah. Hehe. But unfortunately...I have to stop taking orders for a moment until further notice. I missed sewing so much. *sigh*



Anyways. During November last year...I finally had my master degree convocation ceremony. Like finally kan. Hehe. I was supposed to naik pentas during the 2012 convocation ceremony but was unable to do so due to the pre-planned Singapore vacation. Hehe. Takpe lah. Alhamdulillah a year later dapat jugak naik stage amek gambar ceremony. Hehe.


Oh sedikit skema di situ. Hehe. Studio pic mmg camtu ye tak. Here are some of the pics during the event. ^_^ Paling best sekali kali ni dapat convo dengan husband and anak. ^_^ 

Me and colleagues

Daughter, siblings, parents and parents-in-law pun datang. Alhamdulillah.
Selfie sikit. Hehe. And with my wonderful family. ^_^
 Just a day after the ceremony, husband ada training kat KL. As usual lah kan. Rezeki Ana Sofia la. Dah lama jugak tak berjalan pergi hotel ikut Daddy nya training. Last bulan May hari tu. Lama kan. Husband had been very busy last year. ^_^ We stayed at Grand Hyatt KL. More story...insyaAllah coming soon. Hehe.

Short getaway. Grand Hyatt KL. Nov 2013
Then come December. Our favourite month. We were celebrating our 3rd Anniversary and Sofia's second birthday on Dec 25th. Unlike last two years....masa first birthday Sofia...we decided to celebrate it kecil-kecilan aje. Almaklumlah...ada sedikit perancangan lain masa tu. We attended my BFF's wedding and what not. So tak cukup masa nak properly plan for her birthday. Tak pe lah. At least ada kek and some birthday decos to show her that she's really is important in our lives. Nanti next year insyAllah ada rezeki dan masa lebih boleh la celebrate sikit. Hehe.


Remember I ada bagitahu yang this year kami kurang berjalan? Hehe. To make that up....Husband planned a vacation for us. Just dekat-dekat je sebab memang last minute plan. Hehe. It was Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang. It was a birthday and anniversary treat la kononnya. Haha. Anyways. Love it. Seronok dapat bawak Sofia closer to nature. Chewah! Hehe.


Again. I will blog more on this insyaAllah. Hehe. One more important thing. I would like to announce that we are expecting again. ^_^ Alhamdulillah baby no.2 is doing great. We are already half way through pregnancy. Mencabar at first sebab unlike first pregnancy...kali ni ada toddler yang active untuk di layan. Hehe.


You girls tau tak. Memang betul la orang cakap bila kita pregnant, anak kita ada instint yang ibu dia preggy. Haha. Masa memula tu memang dia berkepit yang lain macam punya. Tak boleh langsung I jarak sikit dengan dia. Nak masak pun tak boleh. Sudahnya, bila husband balik, dia la yang tolong masak semua. Kalau tak memang I order delivery je la. Hehe. Morning sickness....heavy for the first trimester. Selalu lari ulang alik ke toilet untuk vomit. Sofia pun sama jugak lari-lari ikut ibu gi toilet. Sometimes she'll pat on my back saying "ibu utah...utah" Terharu. Hehe. 

Craving....macam first pregnancy dulu....semua malay food. Baby ni memang tiru daddy sebijik ni. Nak malay food aje. Hihihi. This pregnancy is pretty much anticipated since Sofia pun dah dua tahun. And will be 2 and a half year old nanti bila adik baby lahir. I'm so excited. Gender dah tahu. Tapi still nak double confirm next month masa detailed scan. And yup. Kali ni monthly checkup still dengan doctor yang menyambut Sofia dulu...Dr. Seri of PCMC. Hopefully she'll be around masa nak deliver nanti. ^_^

So. I better stop here. Please do'a kan kesejahteraan dan keselamatan baby. InsyaAllah. Kami tak sabar nak tambah bilangan ahli family. ^_^ It's about time isn't it. ^_^ Last but not least. Terima lah pose dari Big Sister Ana Sofia. Hehehe.


Ok semua. Assalamualaikum.

XOXO,
Liyana SCR

Thursday, October 31, 2013

To All My Readers

Assalamualaikum w.b.t. ladies. ^_^

Lamanya tak tulis blog. Tapi I dah janjikan sesuatu bakal muncul tak lama lagi. Hehe.

Guess what.

The time has come.

Dengan ini I dengan rendah diri nya....menjemput readers sekalian mencuci mata kat facebook page Little Ana dan instagram little_ana_ig. Children clothing untuk your little ones made and sewn by yours truly and modeled by my own Ana Sofia (untuk baju girl sahaja) but fret not....baju boys pun ada jugak....few of my customers dengan bermurah hatinya share kan gambar anak mereka untuk dijadikan model. kihkih. ^_^ 

Little Ana berkonsepkan made-to-order and ready-to-wear clothing. Some clothes.....I dah siapkan and you can directly purchase via whatsapp or facebook private message. Or you can whatsapp me the measurements of your little ones. And I'll sew them into your perfection. Sounds good to be true right. So marilah jenguk my own page. Hehe. Memana berkenan boleh whatsapp dan dan tu jugak. hehe

You girls knew I love sewing and crafting. Dari zaman anak dara lagi. Haha. So I tengah menggunakan minat I ni ke arah something yang meaningful for me, Sofia and our little family. Hehe. Jemput jemput tengok ye darlings. ^_^

Thank you in advance for your great support jadi reader blog ni selama ni. So this is my little gift for you. Hope you like it.

Till then.

Love,
Liyana SCR

Wednesday, October 9, 2013

Coming Soon

Current project. Coming soon. InsyaAllah.  Semoga Allah permudahkan urusan. ♥ ^_^

Tuesday, September 24, 2013

Please Help to Vote

Assalamualaikum ladies. ^_^

Nak mintak tolong vote kan my friend dalam contest Shiseido ni. Hehe. She's the only contestant yang berhijab. So mari tolong. Hehe.

Contestant adalah seperti dalam gambar. Nur Aneem. Hehe.

Boleh vote sekali sehari selama 6 hari. Tolong vote ye darlings. Pretty pretty pleaseeeee. *battling eyelashes*. Hihi.

So what are you waiting for? VOTE ANEEM VOTE ANEEM VOTE ANEEM


Thank you in advance darlings  
^_^

Xoxo
Liyana SCR

Wednesday, September 11, 2013

Cerita Puasa Dan Raya...Dan Baju Raya.

Assalamualaikum ^_^

Asalnya nak letak entry title 'Wordless Wednesday'. Tapi ada je terdetik dalam kepala ni nak type entry. Maka...tukar title. Haha. Agak lambat update blog tentang entry raya, tapi pedulikan la. I desperately need my blogging mojo back. Sigh. ;P

Puasa di rumah sendiri. Seronok dan panic dan sunyi. Kenapa? Seronok sebab kena masak. Panic sebab kena masak. Sunyi...sebab kena berbuka dan sahur sensorang. Kehkehkeh. Time sahur/berbuka sensorang I main belasah je la masak ala-ala nasi bujang. Bila husband balik baru tergopoh gapah cari resepi. hahaha. Normal la tu kan. Almaklumla belajar memasak sesi pengakhiran umur anak dara. Sipi sipi je nak kawen baru belajar memasak. Cet. Tak sempat nak master lagi. Haha. Syyyhh....jangan bagitahu orang lain okay. hihi

Okay la tu. So far husband telan je apa yang I masak even tak sedap pon. Haha. Sorry b...I'll improve okay. Hihi. Cuma Sofia je la...baru-baru ni je jadi fan of my cooking. Sebelum ni makan semua tak mahu. Kecik ati masak beriya sekali dia tak nak makan. Haha. Lately ni je masak pedas sikit baru la makan banyak. O my Sofia...terselitkah keNogorian itu di darahmu? haha. Of course la kan. Anak Ibu and Daddy. Mesti la ada jugak 'ibu' sikit walaupun muka sebijik Daddy. Haha.

Anyway. Sama macam bulan puasa....raya pon macam tu. Seronok, panic...tapi tak sunyi sebab Husband dan Sofia ada. Mahunya tak panic. Dari sebelum puasa dok pikir nak masak lauk raya apa nanti. Tak reti kot. Hahaha. Sudahnya masak berjemaah dengan makcik and cousins kat rumah nenek. Then pakat tapau sorang sikit bawak balik rumah. Hahaha. Eh jangan ingat kitorang tak collect duit pulak nak beli bahan semua. Mesti la. Parah la granny kalau dia nak tanggung semua. Haha.

Back to raya. Again. Haha. Tahun ni kami bertemakan Aquamarine Blue. Bukan turquoise ye. No no no no (sambil goyang-goyangkan jari macam Sofia). Turquoise ada hint hijau. Kira greenish blue gitu. Aquamarine pulak.....aih. Susah la nak terangkan....sila google. Haha. This year both me and Sofia pakai peplum. Tapi my peplum macam toned down peplum. More to kurung kedah I guessed. Sofia punya peplum....Yours Truly yang jahit. ^_^ Gigih kan? haha. 

Me and hubby love
Haaa jangan tak tahu I dah hampir menangis and give up nak buat peplum Sofia. Tapi akhir nya jadi jugak la. Hehe. Nasib baik Sofia okay pakai baju tu sampai petang raya pertama. Selesa la tu agaknya. Kain nya I buat kain lipat depan je. Senang Sofia nak berlari and duduk lipat katak tu. Alhamdulillah. Berbeza dengan tahun lepas....baju kurung yang I jahitkan tak masuk theme...bak kata Daddy nya. So baju kurung tu jadi baju raya ke berapa ntah. Huhu. Tapi tak pe. Tu yang I tebus balik..bersungguh buat peplum. Haha. Puas hati jugakla. Pastu tengok pulak Sofia ddah reti nak posing depan camera for the peplum...lagi la seronok. Dalam kepala ni macam-macam dress nak jahit untuk Sofia. Haha.

Hubby and Sofia love ^_^

Oh ya. Start Ramadhan lepas I berjinak-jinak jahit baju melayu and jubah baby boy. Boleh la sikit-sikit untuk kengkawan terdekat. Baju girl....ada juga yang request peplum macam Blogger Kina. Tapi masa takde. I mean...masa Kina request dah hampir nak raya...memang tak sempat la nak jahit tambah-tambah lagi poslaju tutup awal. If only she requested earlier...I swear I'll make it. Hehe. Sorry Kina. Hehe.

Sofia yang suka camera
Being KLites...we dont have baju raya sampai berpuluh pasang. Just few kurungs...and few baju jalan (dress/jeans/shirt/casual wear). Tak tahu la kenapa eh. Dari kecik macam tu. So I macam a bit surprised bila tengok (baca) status kengkawan pasal baju raya diorang yang berpuluh pasang. Haha. Jakun kejap I baca and imagine baju dirang. haha. Raya kat kampung must be much more fun sampai baju raya berpuluh pasang. Ye tak? Must try raya kat kampung some days. Hehe. 

Our little family

Pagi raya kat rumah sendiri then off to my inlaws' then to my granny's/mom's. Lengkap dah raya dengan family both sides kat raya pertama. Haha. Kawen satu kampung is such a bless. Haha. Oh okay. Dah midnight. Sofia dah nangis nak susu and I need to sleep.  Until next entry ya darlings. ^_^

XOXO,
Liyana SCR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...